Thursday, October 29, 2009

Alhamdulillah.......

Arini aku rase best bangat, nak tau sebab ape? hehe budak PeT1 Nur Farisha Fakhira lulus dalam ujian PeT 1 set c. Dia dapat 99 markah keseluruhan (markah paling tinggi berbanding murid yang lulus sebelum ini) dan semestinya dia mencapai tahap wajaran. So tahun depan Farisha akan belajar di kelas Perdana. Kalo korang nak tau, Si Farisha ni pelajar tahun 2, awal tahun 2009 dia lansung tidak boleh mengenali apatah lagi membezakan abjad a-z. Aku percaya setiap budak ni ada kelainan dan kelebihan masing2. So aku ajar dia semampu aku dengan skill yang aku pelajari masa kat maktab untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah si Farisha ni sekarang sudah tahu membaca. Satu peringatan dari aku untuk kengkawan dan pembaca semua bahawa, andai kita ada usaha, semua akan menjadi nyata beserta dengan keizinan dariNya. Lagi satu ingatan dari aku, untuk aku dan semua, jangan kita ingat sekiranya seseorang anak itu lemah dalam pelajaran sewaktu kecilnya tidak boleh berjaya pada masa depannya dan pelajar yang cermelang pelajarannya pada waktu kecilnya akan terus berjaya pada masa hadapannya, kerana keadaan mungkin akan berlaku sebaliknya. Renung-renung dan fikir-fikirkanlah. okeh...Adios..

0 comments: